"Sha, Sha nak tahu tak suatu rahsia?", Ad menyambung setelah sisa tawa mereka habis .Sha hanya diam menanti Ad sambung .
"Sebelum tu nyanyikan kat Ad lagu 150juta kali dulu. Ad rindu nak dengar .",Ad hanya ketawa kecil kerana dapat mengenakan Sha .
"Ok . Ehem ! Buat apa dicerita bahgia kita rasa,biar tak dipercaya peduli orang kata . Baju ronyok tak apa asal pakai selesa,berkilau tak bermakna kalau hati tak ada ."
Haha . Ad hanya ketawa mendengar suara Sha .
"Ad suka dengar suara Sha .Merdu . Sedap bila Sha menyanyi . Apatah lagi bila dengar suara Sha yang baru bangun pagi . He he .",Ad terus ketawa .
Bahagia . Itu yang mereka rasakan ketika itu . Sangat bahagia .
"Sha, Ad kadang-kadang terfikir . Kenapa perlu ada saya ? Kenapa tanpa Ad , Sha kesepian ?"
Ad memulakan soalannya dengan tenang .Sha hanya ketawa kecil . Kenangan lalu mengasak minda kembali .
" Ad,aku begitu tulus mencintaimu . Malah sukar untuk ku mencari pengganti sepertimu . Sakit bila terpaksa berjauhan darimu , tapi hanya gambar dan mesejmu yang menjadi penawar segala rindu ."
"Amboi ! Berkias pulak sayang ni . " Ad hanya ketawa lagi .
Senyuman dan ketawa tak pernah lekang dari bibir kami . Ada saja cerita yang nak dibualkan . Kalau tidak , tak happening la kan?
"Tapi Sha,kita ni kan . .." Sha menahan . Ad belum sempat habis bicara .
"Sayang, apa ku peduli kata orang , hanya kau milikku seorang .", Sha berhenti .
"Tapi Sha , Ad takut kalau Sha akan tinggalkan Ad suatu hari nanti ." Ad meluahkan rasa takutnya jua akhirnya .
Sha tenang menyambungnya .
"Ad sayangku , walau esok hari Sha terpaksa bahagikan kasih,tapi terhadapmu kasihku tetap tak berkurang sayang ."
Ad tersenyum . Di sebalik bahagia masih terselit rasa takutnya . Tapi Sha telah meyakinkan Ad .
" Ad, Sha tak pernah ada orang lain selain Ad dalam hati Sha . Sha cintakan Ad, Sha sayangkan Ad seikhlas hati Sha .Sha tak boleh lupakan Ad . Sha sanggup berikan kasih sayang dan cinta Sha semata-mata pada Ad . Ad pun sama macam Sha kan?," Sha bertanyakan soalan pada Ad . Ad masih jua tersenyum . Ad tak mampu untuk tinggalkan Sha .
"Ad sayangkan Sha . Sesungguhnya Ad juga sangat mencintai Sha, dan tak mampu untuk tinggalka Sha . Ad perlukan Sha dalam hidup Ad . Dan, dalam hati Ad,cuma ada Cik Nur Sharifah Atilia sahaja",Ad mencubit pipi Sha . Sha mengadu manja . Aduh ! Romantiknya .
"Dan dalam hati Cik Nur Sharifah Atilia , cuma ada Adrin seorang sahaja .",Sha tersenyum lalu melentokkan kepalanya di bahu Ad .
'Tanpa Ad, Sha tak boleh tumpu pada kerjaya Sha . . Sha sayangkan Ad .'
'Sha,Ad sayangkan Sha. Ad harap Ad dapat mencintai Sha dalam jangka masa yang lama .'
No comments:
Post a Comment