September 29, 2017

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

SHA DAN RIE (1)

Suasana yang sepi membuatkan keadaan bertambah sendu.Sha masih lagi menangis teresak-esak di bucu katil. Laila yang setia di sisinya cuba menenangkan Sha sambil mengusap kepalanya.

"Sudahlah tu,Sha..Kau kena terima kenyataan tu.Dia tetap milik orang lain"

Sha menepis tangan Laila . Dia seakan menahan perasaan amarah berbaur kecewa .

"Aku nak dia,Laila!! Kau tak faham apa yang aku rasa..Korang tak kan faham.." , Sha meraung seperti orang yang tak waras.

Hampir bertahun , hati Sha yang hanya mengenali cinta dari seorang insan bernama wanita, sekarang hati Sha sepenuhnya dimiliki oleh seorang insan bergelar lelaki.

"Dia yang buat aku jadi kasih pada lelaki semula..Dia yang bawa aku ke jalan yang lurus semula..Tapi,kenapa dia buat aku macam ni..Kenapa dia yang perlu aku kenal! "

Tiba-tiba,telefon berdering..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9 bulan yang lalu...

"Assalamualaikum,abang..",Sha menjawab panggilannya sambil tersenyum girang.
"Waalaikumsalam,buat apa tu?" , suaranya yang mampu membuatkan hati Sha luluh dan terlupa seketika dengan siapa yang sedang dia berbicara.

Ketika sedang rancak bercerita itu dan ini , tiba-tiba persoalan Hazrie membuatkan Sha terkejut dan berfikir panjang.

"Adik,kalau abang kata abang suka adik lebih dari seorang adik?"
"Ish,abang ni..Abang dah kawen kan?" , Sha tersentak dengan persoalan Hazrie.
"Abang kan ada lagi 3 tempat kosong..",lalu dia ketawa..
Sha tersenyum hambar . Pelbagai soalan yang bermain di fikiran. Sha bukannya belasan tahun lagi. Dia bukannya masih mentah,tidak tahu menahu akan hal-hal sedemikian. Suasana yang sepi sejenak disentak oleh suara garau yang mencairkan perasaannya.

"Adik..buat apa tu? Tak mau cakap dengan abang dah ka?"
"Eh,tak lah abang.Adik cuma terfikirkan sesuatu ..",Sha terhenti di situ.
"Fikir apa dik?Tentang persoalan abang tadi ke?" , Hazrie menduga.

Entah ! Aku mahu tersenyum lebar kerana akhirnya ada lelaki yang berjaya membuatkan perasaanku ini kembali ke pangkal jalan atau bersedih hingga ke akhirnya kerana ...

"Adik ! Dengar tak abang cakap ni ?" , Hazrie bersuara lagi .
"Abang,kenapa abang suka adik?" , itu persoalan pertama yang terpacul dari bibir Sha..
"Sebab adik boleh faham abang,mungkin?" , Hazrie menjawab sambil matanya terpejam.

'MUNGKIN? Cuma kerana aku faham kerja dia , dia suka aku?' , Hati Sha bersuara.

"Abang..." , lembut Sha memanggilnya.
"Boleh abang bertanya ?", Hazrie lantas memotong. Sha mengiyakan.
"Macam mana adik boleh terjebak dalam kehidupan yang macam tu?" , Hazrie bertanya menginginkan kepastian.

Sha ketawa . Bila mengenangkan mula-mula sekali dia mengenali dunia luar yang tak sepatutnya dia masuk .

"Adik saja join group kat FB tu,adik kan mudah cair..Tu yang tersangkut sampai lani ni",Sha ketawa lagi .

"Eh,orang bertanya,dia ketawa" , Hazrie bersuara seakan kecewa. Kemudian, dia menyambung lagi.

"Adik masih ada perasaan pada lelaki?"

"Ada lah,bang. Tak pernah hilangkan perasaan untuk lelaki. Adik pun nak kahwin jugak.."

"Kalau adik dijodohkan dengan suami orang?" , Hazrie bertanya .

Sha terkedu . Kenapa soalan itu yang dipaculkan olehnya .

"Kenapa abang bertanya?" , soalan berbalas soalan.

"Saja.Abaikan,maaf." , Hazrie menjawab,terdengar sedikit keluhan.Kemudian,dia menyambung lagi.

"Adik,andai kata bila nanti dah tak dak orang yang suka adik,cari abang. Abang ada sorang kawan nak kenalkan."

Sha ketawa . 'Jadi match maker pulak dah ke abang aku ni?' Sha bersuara dalam hati.

"Kenapa abang?Sapa yang abang nak kenalkan tu?",

"Adalah...nanti bila adik dah putus asa untuk mencari,cari abang.Abang akan kenalkan."

Sha mencebik.

Sedar tak sedar,jam tepat menunjukkan 4.30 pagi. Hazrie bersuara kepada Sha.

"Dik,dah pukul 4.30 dah..satgi nak bangun subuh.Jumlah tidur,"
"Baik,abang.Jumlah..Goodnight", Sha juga sudah mulai lesu dan tak bermaya. Matanya terpandangkan bantal di sebalik badan.

"Tapi,sebelum tu,bacakan doa." , Hazrie seakan memberi isyarat pada Sha.

Sha terus membaca doa tidur.

"Lagi?" , Hazrie bertanya.

"Lagi?" , soalan yang sama ditanyakan Sha semula.

"Surah lain mana?" , Hazrie mengingatkan.

Sha terdiam . Terdengar keluhan kecil Hazrie,namun dia tetap masih bersuara. Dia membacakan surah-surah yang patut diamalkan sebelum tidur.

Allah ! Goyah lagi perasaan Sha. Suara Hazrie seakan akan seorang Ustaz yang membacakannya .

"Dik,sebelum tidur amalkan membaca doa. Surah Al Fatihah , Surah 3 Qul, Ayat Kursi , Selawat dan Istighfar,Bismillah 23 kali,Mengucap dan doa tidur" , terang Hazrie ringkas.

"Tudiaa...banyaknya abang!",Sha tersengih sambil tersenyum lebar.

"Hafal tak semua surah tu?'',Hazrie bertanya tapi nadanya semakin perlahan.

"InshaAllah abang.Abang ajarkan ya?",Sha menjawab sambil kepalanya diletakkan di atas bantal.

Hazrie mendiam. Sha memanggil namanya berulang kali,namun tiada sahutan. Sudah Sha menduga apa  yang terjadi. Lalu,Sha berbisik lembut di hujung talian.

"Thank You,Abang..for coming into my life.."

Talian diputuskan.