Ya Allah, sesungguhnya segala perasaan yang hadir dalam hati dan jiwa ini, semuanya dari Kau. tapi, andai ia adalah hanya kerana nafsu semata, maka ianya datang dari Syaitan. nauzubillah..
Aku telah jatuh cinta sekali lagi.. jatuh cinta kepada insan yang bergelar lelaki..
syukur Alhamdulillah, bila perasaan itu kembali kepada insan yang sepatutnya menerima cinta dariku..Tapi,sekali lagi hati dan jiwaku diuji.. Aku,jatuh cinta pada milik orang..
Semakin aku cuba untuk melupakan,semakin kuat sayang aku kepadanya..Entah kenapa , hari ni,aku terasa yang aku benar2 bersalah!Ampunkan aku,ya Allah..
Dia,yang aku gelarkan PANGLIMA KU..Dia yang membawa aku kembali semula ke jalan yang betul.Tapi,dia membuat aku jatuh cinta tanpa sedar..Dia yang seperti angin.Datang dan pergi..
Adakala aku mengharapkan dia pergi,pergi sejauh yang mungkin..Tapi,dalam masa yang sama,aku masih takut kehilangannya..