"Harapan Sha hanyalah ingin bertentang mata dengan Ad suatu hari nanti..
Harapan Sha hanyalah ingin bersalaman dengan Ad walau hanya sekali..
Harapan Sha hanyalah ingin memeluk tubuh Ad yang sebenar,bukan dalam mimpi.."
Sha,kini menjadi seorang gadis yang hanya tahu hidup dalam dunia khayalannya sendiri . Sha cuba memberikan hatinya sepenuhnya pada Im,tapi sesekali bisikan rindu memukul diri Sha hingga dia menjadi bingung .
"Sha,sayang nak makan apa?",suara Im menukar diri Sha ke alam nyata .
Sha hanya memandang menu yang tertera di hadapannya. Lama dia menatap menu itu .
"Abang,bagi 2 mee sizzling yang ni",Im menunjukkan mee sizzling dalam menu .Kemudian,Im terus mengeluarkan wang dan membayarnya .
"Eh,kenapa Im bayar untuk Sha sekali?Tak pe lah,biar Sha bayar sendiri ..",Sha yang baru tersedar terus sibuk mencari dompetnya .
"No worry,sayang.Your wallet is here,with me.",Im melayangkan dompet Sha di hadapan Sha.
Sha terus mencubit lengan Im.Menjerit Im perlahan menahan sakit,dan Sha terus menarik dompetnya dari Im.Im memberikan senyuman nakal kepada Sha sambil melihat Sha membayar harga makanan mereka.
Selepas 15 minit,2 pinggan mee sizzling telah terhidang.Sha cuba untuk membawa dulang ke meja,tetapi secepatnya diambil dulang itu oleh Im.Mereka mencari tempat duduk yang boleh melihat ke arah luar Jusco .
"Sha,I am the one who should to pay the bill..I have promised to treat U,right?" , Im bermasam muka. Sha hanya tergelak kecil melihat telatah Im. Sha menyuap Im sizzlingnya ke mulut,Im menepis. Sha mengecilkan matanya sambil membuat mimik muka memaksa,Im tanpa rela terpaksa makan jua..
"It's Ok,sayang.Doesn't matter.After this,U treat me sushi.OK?",Sha terus menyuap sizzlingnya ke dalam mulut. Im tersenyum semula.
Selepas mereka makan,mereka berpusing-pusing dalam Jusco sehingga pukul 3 petang.Dalam masa tu,mereka sempat untuk berkaraoke dan bermain pool . Im mengajar Sha cara bermain pool . Sangat kelakar . Itu kali pertama Sha memegang kayu pool .Kerana geram,Sha mengambil kayu tu dan terus menolak-nolak bola masuk ke dalam jaring . Akhirnya,Sha menjerit kegembiraan kerana berjaya memasukkan semua bola yang ada di atas papan itu . Im hanya menggeleng kepala melihat telatah Sha .
"Jom,kita makan Sushi pulak",Im menarik tangan Sha dan keluar dari pusat hiburan itu .
Di satu sudut dalam kafeteria,Im membuka sushi dan mengambil chopstick..Im mengajar Sha cara memakan Sushi menggunakan chopstick . Banyak dah yang Im ajarkan . Sha senang sangat mengenali Im . Sha harap kita akan teruskan kasih sayang ini sampai bila-bila,Im.Sha sayangkan Im .. .