September 30, 2011

Hati Kau SAYU lagi ke???

Hati,maafkanlah tuan badan ini,
kerana masih menyiksa dirimu,
aku sudah cuba sedaya upaya,
hapuskan rasa dalam hati ini,
namun semakin kau jauh,
aku semakin rindu padamu,
tapi bila kau dekat,
aku semakin tak tahu apa.

Hati,kau kecewa denganku,
kerana aku sering sakitimu,
tapi aku sayang kamu,hatiku.
Namun aku tak tahu untuk hargai kamu.
Aku menduakan kamu,hati!
Aku pisahkan kamu kepada dua!
Ah!betapa kejamnya kamu terhadapku,kan?
Kau berasa sayu dengan sikapku.

Hati,kau sayu lagi ke?
Aku tak sengaja libatkan kau,
dalam masalahku,tapi aku tak ada sesiapa
nak tolong simpan perasaanku melainkn kamu.
Maafkan aku,air mataku keluar lagi...

Kau TeTap kU SaYanG..(M!R0)

walaupun kau tidak dapat ku cintai,
tapi aku masih juga menyayangi.
dan aku tidak akan pernah membenci.
kau masih boleh jadi penemanku sampai mati.

walau tiada takdir untuk kita disatukan diri,
tapi masih boleh disatukan hati.

hanya itu yang mampu ku katakan,
mula aku mengenalimu,
aku sangat gembira kerana 
dapat menghiburkanmu,
walau seketika cuma.

aku harap kau bahagia dengan hidupmu sendiri...


September 18, 2011

ya..aku keliru! kasih yang dinanti,dan cinta yang diharap.

bila jejaka 'E' mula berbicara,aku anggap ia serius..kerana saat pertama kali aku bertemunya,memang aku jatuh cinta..tapi, saat jejaka 'A' kembali,aku mula keliru..kasih jejaka 'A' yang dinanti,dan cinta jejaka 'E' yang diharap.aku selalu antara dua..kenapa???
memang betul aku mula jatuh cinta. tapi,bukan seorang! ah...memang betul bukan usiaku untuk merasa cinta,tapi..aku jugak ada hati n hak kan?


saat jejaka 'E' bagi kehampaan, jejaka 'A' kembali memberi pengharapan. Aku cuma mampu berdoa,biarlah Allah menentukan. Jodoh sudah Allah tentukan..cuma aku tak tahu siapakah dia di antara semua yang aku pernah jumpa...masa mula2 aku jumpa jejaka 'E',memang aku terpana, tapi kini,entah lah..aku tahu dia suka F.A,tapi..aku tak tahu nak kata apa...


jejaka 'A',aku masih sayang anda! aku berdoa agar diletakkan jodoh yang baik untuk kita berdua...Amin~~~