November 20, 2012

MOOD EMO !

salam semua !

sekarang mood demo 
mood EMO

sokmo dok???
hehhe...


November 12, 2012

FAMILY DAY DI BUKIT MERAH

rini aku nak pegi bukit merah dgn fmly aku
hepy tu hepy laa sbb ada adik aku,kakak aku,bapak aku n mak aku.
so boleh enjoy
sapa yang nak join jum
yang xmau p duk jauh2

October 21, 2012

Ya Tuhan !

aku sayang dia
aku rindu dia
tapi kini aku sedar
aku bukan sesiapa lagi padanya
walaupun seksa diri ini menanggung akibatnya
tapi aku terpaksa mengundur
aku janji
selepas dia tak kan ada yang lain dah...


BERAKHIRKAH SEGALANYA ATAU . . .(sha dan ad)

setelah sukar aku meyakinkanmu,
kau menerimaku,
namun aku pula permainkan kau . . .

setelah payah aku memujukmu,
kau menerimaku,
namun kau pula yang permainkan aku . . .

sekarang benar aku cinta ,
tapi kau hampa .
kau pura-pura,
demi menjaga hatiku .

Ad,
Sha sayang padamu !
Sha cinta padamu !
Jangan sakiti Sha , Ad !
Sha minta maaf !
Sha tak bisa jauh dari Ad
Ad dah mengikat Sha
maafkan Sha , Ad . . .
maafkan Sha . . 

Tentang Ad

Sha bercerita . . .

Ad . Adrin Nami yang berusia 25 tahun kini .Dia seorang yang agak tegas , tapi lembut walaupun kasar . : D Masa Sha kenal Ad , Ad ni bekerja sebagai arkitek . Kalau tak silap Sha , Adrin ialah seorang pelukis plan . Tapi,masa awal-awal Sha berkenalan dengan Ad , Ad ni pendiam . Asyik-asyik Sha seorang je bercakap .
macam mana Sha boleh kenal Ad?Sha akan ceritakan dari awal Sha kenal Ad hingga lah sekarang . Ad sebanyak sedikit semakin berubah . Dalam diam rupanya suka ketawa jugak . . . Haha . . .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun 2011 . . . Bulan 9
                  'Masa tu , aku masih belajar di uitm . Aku ada seorang kawan yang bernama Ila . Ila ni seorang yang gila facebook . Tapi tak pe . Dia pandai . Masa dalam kelas , lecturerr tak masuk lagi . Aku saja usha dia layan facebook .Aku pulak tengah boring time tu . Kemudian , aku  tengok dia asyik berkomen je kat satu group ni . Aku mula perbualan ku,
                                
                         "Ila , kau tengok apa tu ?"
                         "Kawan aku balas komen aku ."
                         "Best ke group ni?"
                         "Best la jugak . Kau nak join tak?"
                         "Aku tak kisah , add lah aku ."
                         "Ok,dah ."
                         "Thanks ."

Masa aku balik rumah , aku bukak facebook aku . Memang tak pernah buat kerja lain . Berfacebook saja . Kemudian aku tengok la . Ada notify Tetiba je aku ternampak "group" baru . Oh ! aku lupa . Aku yang minta Ila add kan . Hehe .

Aku pun bukak la .

                        "Boleh tahan gak . Aku nak try cari kawan la ."

Tak de keje , aku post macam-macam kat wall tu . Biasalah,orang baru . Tapi,lama-lama aku macam terperasan , ada seorang yang asyik like dan komen kat post aku tu . Macam berminat je  dia kat aku ? Hehe , alang-alang ada kawan yang caring , masuk je lah kan? Jahat kan?


Lepas 20 minit , dia accept aku ! Wow ! Orang Jepun ke? Tengok profile picture macam orang jepun . Asal pun dari Jepun . Dah add , layan je lah . ('',) Tapi,lama-lama rasa macam dia tak berminat je . Tapi ,it's my first experience . So, apa lagi?

Go on je lah ! Aku cuba chat dengan dia . Tak banyak sangat yang dia balas . Bosan !

                        "Awak,saya dah nak kena off ni. Nanti misskol saya kat no ni.Saya tunggu tau!"


Aku terus je off . Berdebar tunggu dia . Entah dia nak kol atau tak . Lepas dari aku off facebook,aku tak boleh tidur lena .Macam ternanti-nanti . Aku tak pernah kenal dia , tapi entah kenapa aku rasa macam dekat sangat dengan dia , macam dah kenal lama . Hampir 20 minit aku tunggu , sampai dah nak terlelap mata . Tetiba saja , aku tengok lampu handphone berkelip-kelip . Ada nombor tak dikenali lah ! Aku tahu siapa dia...


                        " Assalamualaikum."

Dupp!! Ya Allah,bergegar jantungku .Suaranya..bila aku dengar,aku bagai tak percaya ! Dia kah itu atau orang lain ?

                        " Assalamualaikum.",dia mengulangi salamnya .

                        "Waalaikumsalam",aku menjawab dengan gugup . Aku kelu ! Tak tahu nak bicara apa .

                        "Awak...",dia memulakan bicaranya terlebih dahulu .

                        "Ye,saya . Awak ,saya rasa macam tak percaya lah .",aku terus ketawa apabila merasakan apa yang aku dengar ni sesuatu yang sangat lucu .

                        Tapi,dia tak terus marah . Dia terus ketawa . Bila aku dengar ketawanya , jantungku bagaikan berdebar kencang . Ya Allah ! Sabarkan aku.. Kawal perasaanku ..

Hampir 2 jam kami berkongsi cerita . Baru hari pertama kenal ! Tapi macam dah kenal lama ,dan tak jemu pulak tu berbual lama . '

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ad seorang yang lebih suka mendengar daripada bersuara . Jadi ,yang bercakapnya Sha sorang je lah . Sha  tak pernah jemu untuk bercerita dan menarik perhatiannya , dan Ad tak pernah jemu dan merungut untuk mendengar cerita serta melayan Sha . Sangat indah walaupun hanya biasa . Sha kenal Ad dari dia seorang yang pendiam hinggalah seorang yang boleh membuat Sha ketawa,menangis,dan sebagainya . Dan, yang penting dia mengajar Sha erti 'SETIA' dan 'CINTA' terhadap pasangan . 

Tahun 2012 . . . Bulan 10
                        12september ,dah masuk setahun lebih Sha dan Ad kenal. Sha sentiasa menemani Ad,dan sebaliknya. Sekarang , Ad busy sikit . Sentiasa sibuk dengan kerjanya . Tapi,apa saja yang Ad minta,Sha tak pernah jemu bagi dan tolong.Sha sayangkan Ad.Dan Sha akan tolong Ad . Walaupun sekarang Ad dah semakin jarang berhubung , tapi Sha tetap pantau dan tanya khabar Ad . Sha rindukan Ad sangat-sangat . Sebenarnya , sekarang Ad sambung belajar . Sebab itu , masanya semakin berkurang . Tapi , Sha yakin cinta Ad terhadap Sha tak kan pernah berkurang . Kan Ad? :D

Ad sentiasa mengambil berat tentang Sha walaupun Ad sibuk. Kalau Sha tersalah pilih kawan , Ad akan menasihati Sha . Sebab tu Sha sayangkan Ad . Kongkongan Ad , Sha dah boleh ikut sekarang . . .Sha sayang Ad .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu , aku hanya duduk menghadap laptop . Aku buntu . Sudah puas aku menangis . Menyesal kesilapan sendiri . Jari jemariku tangkas menaip . (BACKGROUND SONG : OST OMBAK RINDU)

'Ad,maafkan Sha ..Sha tak salah . Kasih dan cinta Sha tetap sama macam dulu sampai sekarang . Sha tak berniat pun nak bagi Ad baca . Ad,Sha sayangkan Ad . Jangan diamkan diri, Ad . Sha rindu suara Ad . Sha sentiasa sokong Ad . Sha akan sentiasa tunggu Ad .'

(BACKGROUND SONG : CINTA TERAKHIR : AIMAN)

'Ad,Sha tak nak Ad jauh dari Sha . Sha sayangkan Ad . Sha yakin hubungan kita boleh berkekalan sampai akhir hayat . Walaupun Sha dah kahwin nanti . . .Tolong jangan membisu Ad'...

Sha nak kan Ad . . . 





      

October 10, 2012

sambungannya -KENAPA PERLU ADA SAYA?

"Sha, Sha nak tahu tak suatu rahsia?", Ad menyambung setelah sisa tawa mereka habis .Sha hanya diam menanti Ad sambung .

"Sebelum tu nyanyikan kat Ad lagu 150juta kali dulu. Ad rindu nak dengar .",Ad hanya ketawa kecil kerana dapat mengenakan Sha .

"Ok . Ehem ! Buat apa dicerita bahgia kita rasa,biar tak dipercaya peduli orang kata . Baju ronyok tak apa asal pakai selesa,berkilau tak bermakna kalau hati tak ada ."

Haha . Ad hanya ketawa mendengar suara Sha .

"Ad suka dengar suara Sha .Merdu . Sedap bila Sha menyanyi . Apatah lagi bila dengar suara Sha yang baru bangun pagi . He he .",Ad terus ketawa .

Bahagia . Itu yang mereka rasakan ketika itu . Sangat bahagia .

"Sha, Ad kadang-kadang terfikir . Kenapa perlu ada saya ? Kenapa tanpa Ad , Sha kesepian ?"

Ad memulakan soalannya dengan tenang .Sha hanya ketawa kecil . Kenangan lalu mengasak minda kembali .

" Ad,aku begitu tulus mencintaimu . Malah sukar untuk ku mencari pengganti sepertimu . Sakit bila terpaksa berjauhan darimu , tapi hanya gambar dan mesejmu yang menjadi penawar segala rindu ."

"Amboi ! Berkias pulak sayang ni . " Ad hanya ketawa lagi .

Senyuman dan ketawa tak pernah lekang dari bibir kami . Ada saja cerita yang nak dibualkan . Kalau tidak , tak happening la kan?

"Tapi Sha,kita ni kan . .." Sha menahan . Ad belum sempat habis bicara .

"Sayang, apa ku peduli kata orang , hanya kau milikku seorang .", Sha berhenti .

"Tapi Sha , Ad takut kalau Sha akan tinggalkan Ad suatu hari nanti ." Ad meluahkan rasa takutnya jua akhirnya .

Sha tenang menyambungnya .

"Ad sayangku , walau esok hari Sha terpaksa bahagikan kasih,tapi terhadapmu kasihku tetap tak berkurang sayang ."

Ad tersenyum . Di sebalik bahagia masih terselit rasa takutnya . Tapi Sha telah meyakinkan Ad .

" Ad, Sha tak pernah ada orang lain selain Ad dalam hati Sha . Sha cintakan Ad, Sha sayangkan Ad seikhlas hati Sha .Sha tak boleh lupakan Ad . Sha sanggup berikan kasih sayang dan cinta Sha semata-mata pada Ad . Ad pun sama macam Sha kan?," Sha bertanyakan soalan pada Ad . Ad masih jua tersenyum . Ad tak mampu untuk tinggalkan Sha .

"Ad sayangkan Sha . Sesungguhnya Ad juga sangat mencintai Sha, dan tak mampu untuk tinggalka Sha . Ad perlukan Sha dalam hidup Ad . Dan, dalam hati Ad,cuma ada Cik Nur Sharifah Atilia sahaja",Ad mencubit pipi Sha . Sha mengadu manja . Aduh ! Romantiknya .

"Dan dalam hati Cik Nur Sharifah Atilia , cuma ada Adrin seorang sahaja .",Sha tersenyum lalu melentokkan kepalanya di bahu Ad .

'Tanpa Ad, Sha tak boleh tumpu pada kerjaya Sha . .  Sha sayangkan Ad .'

'Sha,Ad sayangkan Sha. Ad harap Ad dapat mencintai Sha dalam jangka masa yang lama .'

October 8, 2012

Kisah Awak Dan Saya



KISAH AWAK & SAYA(semua ni atas dasar hati saya,dan tak semuanya benar)

“Awak,saya tak boleh lepaskan awak,Ad!”
“Dah la,awak.Saya tak boleh nak teruskan.Saya tak mampu.”
“Tapi kenapa sekarang,Ad?Kenapa?”
Ad diam .
Sha sambung lagi .
“Kenapa setelah setahun ia berlalu , awak diam . Awak ikut saja . Sha tengok Ad semakin hari , semakin berubah . Sha tak sedar yang Ad dah tak mencintai Sha . Rupanya dalam diam , hati awak dah mati untuk saya . Awak dah tak mencintai saya!”
Ad bersuara .
“Maafkan saya .Saya tak berniat untuk melukai hati awak .Tapi,awak harus faham kenapa saya harus tinggalkan awak .Semua ini kerana saya lihat awak dah terlalu taksub dengan cinta ini . Sha tak sedar , tapi Ad takut . Ad tahu semua ini salah Ad . Kalau bukan Ad yang mulakan dulu . . .”
Sha menahan .
“Sudah cukup sudah,Ad! Awak sedar tak ? Awak dah meremukkan hati saya se remuk-remuknya . Ya,betul . Mungkin saya terlalu taksub . Tapi,semua dah terlambat Ad . Awak tak boleh tinggalkan saya macam ini .”
Sha menangis . Ad hanya mampu mengeluh . Namun,dia tetap bersuara .
“Sha,bukannya saya tak sayangkan awak . Saya sayang awak . Sayang sangat-sangat . Tapi ,kerana saya sayanglah saya lakukan ini semua demi kebaikan bersama,ya sayang?”
Ad memeluk Sha  sambil mengelap air mata yang mengalir laju di pipi Sha .
Ad menyambung lagi .
“Memang benar,suatu masa dahulu saya mencintai awak . Saya mempengaruhi awak untuk mencintai saya . Dan,tanpa saya sangka , saya terlalu menyayangi dan mencintai awak . Saya mula cemburu dengan awak ,walau awak jauh dari saya masa itu .”
Sha memandang Ad . Ad hanya membalas dengan senyuman sambil mengelap air mata di pipi Sha lagi . Dia berkata lagi ,
“Tapi,sekarang saya sedar,Sha . Ad sedar ,yang Ad sedang mempergunakan Sha sebenarnya . Sebab Sha hadir dalam hidup Ad ketika Ad sedang mengalami kekecewaan ketika itu . Ketika perkahwinan Cik Julia . Dan , “
“Ya,Sha tahu . Tapi , mungkin salah Sha jugak sebenarnya . Sha tak kisah kalau Ad nak mempergunakan Sha . Sha tahu , Sha datang ketika Ad memerlukan seseorang untuk beri sokongan hidup . Sha tak kisah semua tu . Tapi, sekarang Ad telah memenangi hati Sha sepenuhnya . Ad tak fikir , apa akan jadi pada Sha andai Ad . .”
Sha berhenti di situ . Dia dah tak mampu untuk meneruskan lagi ayatnya . Ad hanya menunduk dan wajahnya penuh dengan penyesalan .
Ad memandang Sha . Ad memeluk Sha .Air mata Sha satu-persatu dikesatnya .
“Maafkan Ad,Sha . Ad tak bermaksud nak buat Sha begitu . Ad sayang Sha . Tapi,Ad takut andai Sha pergi suatu hari nanti , hidup Ad yang akan merana . Sha tetap bahagia .”
Ad meleraikan pelukan perlahan-lahan . Dia memandang ke arah pemandangan nun di sana . Kemudian, Ad bangun menuju ke balkoni di hadapan . Tanpa dia sedari , egonya satu-persatu telah terlerai . Air mata singgah jua di pipinya . Dia sedar , sebenarnya dia terlalu sayangkan Sha .Hati ini terlalu menyayangi  ‘bintang malam’nya . Tapi ...
“Ad tak mahu kalau akhirnya Sha akan tinggalkan Ad nanti . Kerna Ad terlalu menyayangi Sha dan mencintai Sha . Ad tak sanggup andai suatu hari, Ad tengok Sha kahwin dengan orang lain nanti . Ad sakit,Sha! Sakit !”
“Ad,walau esok Sha dah kahwin sekalipun, InsyaALLAH kasih sayang Sha terhadap Ad tetap tak kan berkurang . Yakinlah Ad . Cinta Sha pada Ad semakin kuat . Sanggupkah Ad meruntuhkan sekali gus hati Sha ini,Ad? Mampukah Ad?”
Sha meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini . Sha dah tak sanggup !
Ad tersenyum,tapi pahit . Terpaksa ditelan jua pahitnya .
“Sayang , selagi mana kita masih bersama , selagi itu Ad akan jaga Sha . Selagi itu , Sha milik Ad . Ad mungkin terlalu egois , terlalu mengikut perasaan . Tapi Sha , dalam masa yang sama Ad masih cintakan Sha, Ad takut Ad tak mampu melepaskan Sha walau Sha dah jadi milik orang lain . Ad takut Ad akan membuatkan hidup Sha merana . Sengsara !

awak,saya tahu...

sayang ,

saya tahu ,
ini salah saya .
saya akui ,
saya menyeksa awak selama setahun .
maafkan saya awak .
tapi ,
saya jujur mencintai dan menyayangi awak .

awak mungkin boleh tulis ,
i love you ,
tapi saya yakin 
awak tak mampu ucapkannya .
sebab perasaan itu sudah hilang .

awak,
saya tak tahu macam mana
andai awak nak saya jauh dari awak ,
saya cuba sedaya upaya .
saya dah cuba !
tapi hanyaa mampu bertahan untuk beberapa minit sahaja .
20 minit
30 minit
40 minit
tapi tak sampai sejam !
saya ingat awak balik .
ingat kata-kata awak balik .
ingat air mata awak balik .
ingat segala-galanya tentang awak ,sayang !

awak ,
sekarang saya mendapat balasan yang cukup hebat .
awak buat saya menggigil memikirkan awak .
tangisan yang tak pernah jemu untuk terus mengalir ,
KERANA AWAK !
bibir yang tak pernah jemu menyebut nama awak ,
KERANA CINTA !
longlai diri ini awak ,
TANPA AWAK !
resah hati ini awak ,
INGAT AWAK !
mabuk diri ini ,
FIKIR AWAK !
merana jiwa ini ,
KALAU AWAK TAK LAGI ADA DENGAN SAYA !

awak buat saya terikat dengan awak ,
saya tak boleh berpisah dari awak .
saya sayangkan awak .
sangat-sangat .
saya ikut cakap awak .
saya ikut nasihat awak .
saya rela mengalah demi awak .
sebab SAYA SAYANG DAN CINTAKAN AWAK !

pelik memang pelik .
tapi itu hakikatnya awak .
saya sangat sayang n cintakan awak .
jangan sesekali tinggalkan saya .
kalau tak , hidup saya sepi sepanjang waktu .


September 28, 2012

MEREKA TU TETAP ADA DARAH DAGING DENGAN AKU !

KENAPA NAK MARAH AKU???
TAK FIKIR KE KENAPA MEREKA BEGITU???
AKU SAYANG LA MAKCIK2 AKU TU !
OK FINE !
MUNGKIN SEBAB AKU TERLALU MEMIKIRKAN MELAYU !
TAPI DEPA TETAP MAKCIK AKU !
MAKCIK YANG AKU SAYANG !
TAPI AKU PELIK LA !
MULUT HAMPA NI BECABANG TAW !
MASA HAMPA PI UMAH DEPA,
KESIAN !
TENGOK KEADAAN DEPA !
TAPI BILA AKU PUN KESIAN,
HAMPA CAKAP N ULANG BALIK PERISTIWA LAMA !
BALIK2 SALAH DEPA JUGAK !
AKU PUN TAK FAHAM LA
SUKA ATI AKU LA AKU NAK SAYANG SAPA PUN !
MACAM AMPA JGAK KANN????
HAMPA SAYANG DEPA,SAYANG LA !
AKU GANGGU KA?
AKU NAK SAYANG SI A PUN HAMPA NAK CAKAP
AKU NAK SAYANG FAMILY BAPAK AKU PUN HAMPA NK CAKAP ???
SIYEZZ AMPA NI XDA PERASAAN KOT???
XPIKIAQ ADIK BRADIK LANGSUNG !
HAMPA CAKAP2 CAMNI,
BUKAN BOLEH SATUKAN ADIK BRADIK !
BUKAN BOLEH BAGI NAK DEPA ADK BERADIK BERSANGKA BAIK !
TAPI HAMPA BAGI MEMECAH BELAHKAN LAGI ADALAH !
TAPI HAMPA BUKANNYA SEDAQ PUN !
APA YANG HAMPA TAW ??
HAMPA XBESALAH !
TRUKNYA HAMPPA . . ..  ..

August 20, 2012

Hari Raya KitA bERgembira ....hahahaha !

Assalamualaikum !
Selamat Hari Raya Smua....
saya memohon maaf atas segala kesilapan 
yang dilakukan selama ini . 
Tahun ni ,duit raya tu..
alhamdulillah lah
syukur..
sebab dapat jugak duit tu...kan?
hehe

k lah,semoga bahagia n bergembira
salam !

June 22, 2012

Oh ! Uitm Come Back !

 


Assalamualaikum dan hye semua
rini aku saja ja nk cta2 ttg uitm
k guys
mula2 aku nk gtaw
msuk rini dh 4 minggu aku di uitm penang
aku dapat kos pengurusan pelancongan
dan alhamdulillah setakat ni kwn2 roomate,kwn2 klas,cikgu2 aku semua ok

aku dapat kolej kristal , kolej idaman aku
hehe
dan alhamdulillah aku rasa seronok sgt
kami 1 rumah 8 org.

June 9, 2012

sekarang aku dah masuk ke uitm tercinta :D

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana memberi ku peluang untuk melanjutkan pelajaran di uitm pulau pinang . aku sekarang still belajar di tempat yang sama cuma suasana yang berbeza . dulu aku dapat roomate yang semuanya sama umur sekarang aku dapat junior . tapi alhamdulillah,walaupun bagi aku kolej Intan lebih best , tapi Allah kabulkan doa aku dapat tinggal di kolej idaman kolej kristal A . dulu kolej intan satu bilik 4 org , sekarang kolej kristal 1 RUMAH 8 org . tapi buat masa ni kami semua ada 6 org saja.sebelah katil aku xda org . dia amik cuti khas . dia cakap nk pindah kolej .sedih aku kott...kali ni roomate aku semuanya junior saja. aku ja yg senior.huhuhu...apapun nasib baik mereka semua ok nspoting ja.heheheh.
aku dapat sambung kos pengurusan pelancongan . Alhamdulillah aku tgk kwn2 klas aku semuanya ok la walaupun x knal dgn btul.tapi aku takut dengan kos yang akan aku hadapi ni.dgn lecturer aku..dgn kwn2...huhuhuhu....moga2 smuanya ok saja. amin...Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku. Amin :)

May 28, 2012

11.10pm 27mei2012 ahad Luahan Hatiku

1 ) Ketenangan dan kesabaran itu perlu dalam diri setiap orang .
Kita manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan .
Adakalanya kita sayang pada seseorang , tetapi .
Adakalanya kita menjadi benci pada seseorang .
Hanya hati dan pemikiran memainkan peranan .
Kalau hati itu bersih , jiwa pun bersih .
Kalau pemikiran positif , memang tak kan wujud sebarang masalah .
Tak ada penyudahnya kalau hidup suka berdengki .
Tak ke mana orang yang dibenci kerana esok hari dialah akan bantu kita
Bila kita dalam kesusahan dan kepayahan .
Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan .
Setiap manusia ada kebaikan dan keburukan .
Jangan terlalu pandang pada kelemahan .
Tetapi pandanglah kelebihan .
Kerana kelebihannya lah yang akan membantu kita .
Dengarlah !
Marah bukan caranya menyelesaikan masalah .
Marah bukan caranya untuk berbaik semula .
Tetapi MEMAAFKAN DAN KASIH SAYANG yang akan mengeratkan silaturahim .
2 )  Hati tolonglah jangan permainkan aku .
Jangan kau ambil kesempatan terhadap kelemahanku .
Aku Cuma ingin mendekati dan menyayanginya seikhlas hati .
Jangan kau porak perandakan jiwaku ini lagi hati !
Aku sengsara !
Aku cukup menyayanginya .
Tapi kau bagai tak memahami .
Kenapa kau tak ikhlas menyayangi dirinya ?
Kenapa kau meletakkan tanda soal statusnya ?
Aku langsung tak mengerti !
Apa yang kau mahu dari diriku ?
Cinta ? Kasih Sayang ? Persahabatan ?

3 )  Dedicate to Cik Nurhayati
Kalau lah kau berada di sisi ku ,
Baru ku fahami tentang perasaanku .
Aku begitu menyayangimu .
Kau begitu istimewa dari yang lain .
Kalau kau tak percaya ,
Kau tanyalah hati ku .
Pasti jujur dia akan menjawab .

April 30, 2012

I Miss Him Very Much < 3

Assalamualaikum semua . .
Saya harap semua sihat , yang sakit jangan lupa makan ubat k?
hari ni , saya nak bagitau yang tetiba saya sangat2 merindui seseorang yang telah lama lesap dari saya .
saya tak tahu kenapa dia menjauhkan diri dari saya , sedangkan kami pernah berjanji bahawa apapun yang terjadi , kami tidak akan pernah meninggalkan antara satu sama lain . Tetapi , persoalannya ke manakah dia sehingga hari ini (30 April 2012 , 10.20pm)
Mr. , I Just Want U To Know That I am Really3 Miss U Very Much !
I tak tahu lagi macam na nak cakap . I tau , U dah benci I tahap gaban ! Tapi . tak boleh kah U bagi I satu je peluang utk I berbaik dgn U mcm dulu ?
setiap hari saya cuba menahan jari jemari saya ini dari menaip sms kepadanya . tapi semakin hari saya semakin rindu . Apa lagi boleh saya buat ? :(

Dear ,
         I Don't Want because of love , we be like this . I have told myself and U much time . But , I Still Arrogant . Now , see ?? See??? what had happened ???


Mood saya sekarang , adalah lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah !

Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Inginku bertemu denganmu
Biarpun hati ini
Menyatakan benci
Namun hakikat
Kau masihku sayang

Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakan daya jodoh tiada

Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih

Sungguh tidakku sangka
Akhirnya begini
Sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang
Yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali


Kami tak pernah bercinta , tapi kami pernah saling menyukai . . . 

April 17, 2012

Aku Ada Kamu , Tengs Sebab Sudi Ada Dengan Aku

WaLAuPun AwAK jAOh DaRi SaYA , 
tApi AwAk SeNtIAsa DEkAt dI haTi ,
wAlAuPun bErKaLi SaYA meNyaKItI AwAk ,
tApI AwAk tEtaP BerSaBar DenGaN sAyA . 
SemAkIN sAyA jAuH daRI aWaK , 
SeMaKIn sAYa rInDukAn aWaK . 

SeKaRanG sAYa aDa AwaK .
SaYa nAk sEnTiaSa AdA dENGaN  aWaK . 
AwAk ToLong jAnGaN perGI jAuh DaRi SaYA .
SayA mEManG tAk pANdaI jAGa hATi oRaNG .
TAPi sAYa sAYanGKan oRAnG .
SayA hArAp AwaK SuDi BeRSamA SayA HinGga kE AkHir NaFaS , 
WaLaUpuN sUatU MaSA kitA Perlu mENuKAR StatuS KitA .

tERimA KaSIh SaYANg ,
SebAb SudI aDa DenGAn SaYA , 
sAya SAngAT SayAngkAn aWaK . !!!
SaYa NAk sENtiaSA Ada dEngaN aWAk !
SayA tAk Akan TiNGGALkAn AwAk
DaN jUGa SebaLIKnYA !
JAnji Ya SayAnG ??
<3<3<3
iloveyousomuch ##

April 13, 2012

Memang Benar

aku tak mampu untuk membohongi diri sendiri.
walau aku cuba untuk tidak mempedulikan dia,
namun aku masih resah memikirkan dia.
panggilan malam itu membuatkan aku berterusan memikirkan dia.
memang benar !
aku masih sayangkan dia.
memang benar !
aku masih mengetahui tentang dia.
memang benar !
aku masih memikirkan dia.
dia adalah antara sahabat istimewa bagiku.
dia sentiasa ada di sisiku di saat aku sangat memerlukan.
dia yang terbaik untukku.
jangan kau tinggalkan aku sahabat
walaupun kita tak pernah berjumpa.
aku masih sayangkan kau!
sentiasa sayangkan kau!
memang benar aku telah banyak menyakitimu.
tapi sebenarnya aku sangat sayangkan kau!
fahamilah aku!