October 22, 2013

HANYA UNTUK BERKASIH

BAB 1

Jam loceng di skrin handphone Samsung Galaxy Y tepat menunjukkan pukul 6.30 pagi . Intan terus terjaga dan memadamkan deringan yang membingitkan telinganya itu . Intan masih bermalas-malas di atas katil . Terlihat Ayu,Ayin dan Shira masih dalam selimut . Intan gagah juga bangun dari katil kerana dia harus solat subuh dan cepat-cepat bersiap . Intan keluar dari bilik dan terus mencapai tuala mandinya . Dia menyelak langsir yang melindungi tingkap .Suasana di luar masih sunyi dan gelap . Dia terus menuju ke bilik air . Terdengar bunyi air water heater yang jatuh menitik ke lantai . Intan yakin itu ialah Yana . Sementara menunggu Yana usai mandi,Intan mengambil waktu yang ada untuk memberus gigi dan mencuci mukanya . Kemudian, Intan keluar menuju ke mejanya untuk seterika baju kurung kuning yang akan dipakainya pagi nanti .

         "Eh,Intan. Awal kau bangun?" , soalan Yana memeranjatkanku seketika .

         "Astaghfirullah ! Eei,Yana ! Kau tak reti bagi signal ke yang kau dah keluar ? Terkejut aku,tahu?" , Intan terus berpaling ke arah Yana sambil mengusap dadanya . Mukanya agak pucat .

         "Hehe,sorry lah.Aku tak sengaja . Kelas kau pukul berapa ?",Yana menyoal sambil mengeringkan rambutnya guna hair dryer . Intan masih menggosok baju kurungnya di atas meja belajar .

          "Kelas aku kejap lagi,pukul 8.30 pagi kat DKH A",Intan menyangkut baju kurungnya itu di luar almari baju . Intan berjalan kembali ke arah meja itu untuk seterika tudungnya pula .

           Yana hanya mengangguk . Yana bingkas bangun dan berjalan masuk ke dalam kamarnya . Bilik asrama Intan mempunyai dua buah bilik dan satu ruang tengah yang memisahkan bilik .Dalam rumah asrama Intan itu mempunyai 8 orang pelajar yang menjadi penghuninya .

            Setelah usai seterika,Intan menyangkut tudungnya di atas rak dan terus mencapai tuala mandi . Intan membasahkan tubuhnya dengan air water heater yang agak sejuk di awal pagi begini . Selepas 20 minit Intan mandi,Intan terus keluar dari tandas dan mengenakan baju kurungnya yang diseterika sebelum mandi tadi .

            Jam sudah menunjukkan pukul 8.10 pagi . Intan terus menaip mesej dan hantar kepada Fina .Sementara itu,Intan mencalit sedikit lipstick di bibir dan eyeliner di matanya . Kemudian,dia membetulkan tudung krimnya yang senget .Tiba-tiba,ada mesej masuk . Bagai tahu siapa pengirimnya, Intan terus mengemas mejanya dan menggalas beg Dalao Gabina nya di bahu .

            Intan menutup pintu rumahnya perlahan-lahan. Kelihatan ramai pelajar yang bergegas untuk pergi ke kelas pada waktu ini . Intan yang lebih gemar turun menggunakan tangga,tangkas kakinya menapak di setiap anak tangga sehingga ke aras 1 . Intan keluar dari kolej Kristal B dan perlahan-lahan mendekati Fina dari belakang .

             "BOO!" , acah Intan ke muka Fina .

             "Hoi ! Dah tak de keje lain . Terkejut aku . Nasib baik aku tak de lemah jantung tau ?"

             Fina yang sedang sibuk menaip sesuatu di handphone Samsung Galaxy S4  nya terus bermasam muka . Intan duduk di sebelah Fina sambil matanya melewati sekitar UiTM Pulau Pinang . Intan masih ingat apa yang pernah dikatakannya dahulu kepada Umi .

              'Umi,nanti bila Intan dah besar,Intan nak masuk UiTM Penang . Intan suka tengok suasana UiTM Penang masa pi kem motivasi hari tu' , Intan beritahu Uminya dengan perasaan yang sangat gembira .

               'Kalau hang nak pi,hang kena belajar sungguh-sungguh . Baru boleh masuk . Hang tak mau kan orang dok cakap pasal hang? Jadi,belajar elok-elok sampai berjaya. Selagi aku hidup,aku nanti jaga hang macam anak aku sendiri . Sekurangnya Allah dah hantarkan kat aku anak aku balik . . .' , Tok Teh memberikan semangat kepada Intan Fazurina sambil menangis memikirkan masa depan cucunya yang tersayang itu .

                 "Jom,Intan. Kita bergerak" , suara Fina membawa Intan Fazurina kembali ke alam realiti . Intan hanya mengangguk dan mengikut langkah Fina ke Hotel .

               
                 Sampai sahaja di hadapan kelas DKH A,yang kelihatan cuma kelibat Shima,Yusra,Yasmin,Azizi dan Ilyas . Yang lain masih belum sampai lagi . Lecturer pun tidak kelihatan . Intan mengajak Fina temannya ke tandas dahulu .

                  "Intan,hang dah siap ke assignment yang Madam Wani bagi minggu lepas?", Fina bertanya kepada Intan sambil menempek-nempek bedak kompeks ke mukanya .

                   Intan hanya mengangguk . Intan memandang lama ke arah Fina . Bagai baru tersedar tentang sesuatu . Intan segera menjentik bahu Fina . Fina terus mengadu sakit .

                  "Ouch ! It's hurt . Why are you scolding me?",Fina  menggosok bahunya berkali-kali sambil mengerutkan dahinya .

                  "Sorry,Fina.Aku tak sengaja.Aku ternampak charlie laju je naik ke bahu hang . Sebab tu aku pukul .",Fina terus tersengih macam kerang busuk .

                  Selepas mereka mengemaskan penampilan mereka,Intan dan Fina terus berjalan keluar dari tandas dan menuju ke bilik kuliah . Kelihatan semuanya sudah berkumpul dan Madam Wani juga baru sahaja tiba di dalam bilik kuliah itu. Bilik kuliah menjadi sunyi sepi . Intan perlahan-lahan menuruni anak tangga yang jaraknya sangat lebar . Mereka duduk di tengah-tengah diapit oleh Shakila dan Jannah . Intan terus mengeluarkan nota-nota HTT247,iaitu subjek Tourism Geography dan juga assignment yang diberikan . Madam Wani naik satu demi satu anak tangga untuk mengutip semua assignment pelajar kelas itu . Madam Wani kelihatan begitu lawa dan cantik hari ini dengan baju jubah ungu berbunga tulip . Cahaya matahari yang menembusi dari luar dewan memberikan Intan kesegaran yang lebih di waktu pagi . Madam Wani memulakan bicaranya selepas selesai mengutip assignment daripada pelajar-pelajarnya .

                   "Assalamualaikum para pelajar semua . Saya berharap agar semua pelajar sudah pun menghantar assignment 1 yang diberikan pada minggu lepas . Hari ini,kita akan proceed dengan Chapter 2.Sila beri perhatian ya." , Madam Wani terus mengajar kelas Diploma Pelancongan Semester 3 dengan penuh tekun .

                      Intan begitu tekun mendengar setiap butir yang dinyatakan oleh lecturer . Tangannya lincah menulis nota-nota penting yang disampaikan . Kadang-kadang Intan membuat muka bingung,jadi Fina faham reaksi wajah Intan.Fina terus senyum dan menerangkan kepada Intan apa yang tidak difahaminya . Selepas mengajar , Madam Wani akan memberikan quiz kepada para pelajar untuk menjawabnya . Kuiz yang diberikan itu juga dikira markah untuk mata pelajaran Tourism Geography .

                       3 jam di DKH A ,maka berakhirlah kelas Tourism Geography . Siswi berpusu-pusu ke hadapan untuk bersalaman dengan Madam Wani .Pelajar siswa ada yang ketawa sesama sendiri . Entah apalah yang diceritakan itu sampaikan boleh membawa lucu . Intan mengucup tangan Madam Wani dengan lembut lalu mengucapkan terima kasih atas ilmu yang dikongsi hari ini . Kemudian,Intan Fazurina perlahan keluar dari DKH A dan terus menuju ke lif .

                         Cuaca di luar sangat panas terik hari ini . Intan Fazurina berjalan dengan pantas sambil menghadang cahaya matahari menggunakan failnya yang sentiasa dibawa setiap kali ke kelas . Kakinya terus melangkah ke Dewan Makan Kolej Kristal yang terletak berhadapan dengan kolejnya . Intan meletakkan beg galasnya di atas kerusi dan menuju ke kedai yang menghidangkan pelbagai lauk pauk . Suasana di dalam Dewan Makan sangat bising dan kelihatan ramai yang sedang beratur untuk membeli makanan . Intan melihat lauk pauk yang disediakan di hadapannya . Intan hanya menelan air liur kerana hari ini masakannya sungguh menyelerakan . Intan terus tersenyum seorang diri .

                           "Hah,Intan ! Hang nak beli lauk apa tu ? Banyaknya lauk hari ni...Nyum,nyum..",tanpa menunggu jawapan,Fina terus mengambil polystyrene yang disediakan di hujung meja,lalu menyedok nasi ke dalamnya . Intan juga berbuat perkara yang sama . Setelah usai membeli makanan ,Intan mengikut Fina ke bilik Fina di tingkat 8 .Mereka makan sama-sama di bilik Fina .

                          Selepas makan,Intan terus duduk di atas katil Fina . Intan selalu singgah di bilik Fina,kerana dia merasa sungguh tenteram berbanding berehat di dalam biliknya sendiri . Suasana yang redup di dalam bilik membuatkan Intan berasa hendak tidur . Intan hampir melelapkan matanya . Tiba-tiba,handphonenya bergetar menandakan ada mesej masuk . Dengan malasnya,Intan mencapai handphonenya di sebelah lalu membuka mesej . Bibirnya mengukir senyuman yang lebar dan lantas hajatnya untuk berehat dimatikan .

                           "Fin,aku chaw dulu ! Daaa..." , Intan terus mengambil tudung dan begnya naik ke atas . Dengan secepatnya dia menerpa masuk ke rumahnya dan menyalin baju T-Shirt dan seluar jeans yang telah disediakan pagi tadi sebelum pergi kelas.Fail ungunya disimpan di atas rak . Kemudian,Intan menempek bedak dan mencalit sedikit lip balm di bibirnya . Intan mengeluarkan beg mekapnya dan mecari essence vanilla lalu dicalitkan di sesetengah bahagian bajunya . Lalu,dengan tangkas Intan keluar dari biliknya .

                          'Mintak-mintak la hari ni cuaca tak hujan,Amin..', sempat lagi Intan berdoa dalam hati .

                          Intan terus menuju ke pintu besar UiTM Pulau Pinang . Kelihatan ada orang yang sedang duduk di atas motosikal sambil bercakap melalui telefon bimbitnya. Dengan siapalah yang dia tengah bercakap tu,gumam Intan sendiri . Intan semakin hampir dengan pemilik motor tersebut . Apabila Intan semakin hampir,Zairi terus mematikan Samsung Galaxy S3 nya . Zairi hanya mengukirkan senyuman buat Intan .


                               



October 17, 2013

HANYA UNTUK BERKASIH

PROMO

   "Eh, Intan dah besar lah ! Jangan ingat Intan tak tahu ape yang korang cakap belakang Intan selama 22 tahun ni . Ramai yang berdengki dengan Intan ,tapi Intan buat tak tahu je . Semua tu mulut orang , mulut mereka bukannya boleh ditutup . Tapi,Intan yakin dengan Allah,setiap kata-kata mereka tu,Allah akan balas balik ! Dulu,memang Intan tak pandai,tak rajin,dan tak disayangi . Intan cuma ada arwah Umi dan ayah yang sayang Intan,yang mampu jaga makan minum Intan,yang sudi dengar luahan Intan . Sekarang, Intan dah buktikan yang Intan jugak boleh berjaya macam Abang Ad,Kak Ina, dan Abang Airil. Kan ? Intan dah berjaya kan? Orang tak kan cakap macam-macam dah kan kat Intan ? Tapi, itu lah dunia . Masa Intan bodoh, semua mainkan Intan,tipu Intan ! Tapi,sekarang Intan dah pandai kan ? Betul kan Mak Jah ?"

Intan Fazurina meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama 22 tahun hidup di bumi Penang . Intan menangis sepuas-puasnya . Kak Long dan Fazliana menggosok belakang badannya sambil cuba menenangkan Intan . Semua yang ada di situ terdiam dan kaku . Bagi yang memahami Intan,mereka hanya mampu menunduk dan diam,tetapi,masih ada jugak orang yang berdendam dengannya .

      "Intan sedih,Intan selalu bertanya kat Allah,kenapa Allah tarik nyawa mama terlalu awal? Kenapa mama pergi awal tinggalkan Intan? Mama..Mama tak sayangkan Intan ke..",luah Intan sambil teresak-esak .

      "Sudah lah tu menangis,Intan . Sedih Mama kat sana tu,tengok Intan nangis macam ni..",ayah Intan cuba mengawal perasaan anaknya .

Cepat sungguh masa berlalu . Rupanya dah 22 tahun Mama meninggal .Kejap je kan?Tapi Mama,Intan dah buktikan Intan boleh hidup berdikari dan dapat belajar tinggi-tinggi macam orang lain . Intan akan capai cita-cita Intan nak jadi seorang pengurus pusat pelancongan yang berjaya . InsyaAllah !

        "Intan,maafkan kami semua . Kami bukannya bencikan Intan,kami sayang kat Intan . Mungkin kami berkasar,tapi tak ada pun niat untuk marah atau benci Intan . Kami nak Intan usaha dan berjaya . Intan yang sekarang jauh lebih baik dari sekarang . Kami pun happy tengok Intan dah berjaya . Arwah Mama dan Umi mesti tersenyum tengok kejayaan Intan ",Kak Ira cuba menenangkan Intan .

           "Tak apa lah Kak Ira,Intan sedar siapa Intan.Sekarang,Intan nak balik Selangor. Tinggal dengan ayah.",longlai Intan Fazurina melangkah keluar dari rumah Cik Ton,dan menuruni anak tangga menuju ke rumah arwah Tok Teh.

Air mata tak berhenti mengalir,apabila kakinya melangkah semula ke dalam rumah itu,hatinya menjadi sayu.Terlalu sayu.Kenapa mereka tinggalkan Intan? Luah hatinya dalam tangisan . Intan terus terduduk dan menangis . Gambar arwah Tok Teh ditatapnya penuh kasih..

             "Umi..Intan rindukan Umi...Umi mai la balik..Intan janji Intan tak kan bising-bising dah kat Umi..",Intan berbicara sambil menangis.

              "Mungkin semua ingat Intan happy,seronok dapat semua yang Intan impikan.Tu rezeki Intan.Intan bersyukur,tapi hakikatnya Intan rasa tak happy..Semuanya tipu semata-mata.Kenapa mereka suka cakap buruk tentang Intan?Ya Allah,bantulah Intan..Kuatkan hambaMu ini Ya Allah."

Tiba-tiba,terdengar pintu dibuka.Intan mengesat air matanya dan terus berpaling ke belakang.Ayahnya berdiri di muka pintu.Intan terus menerpa ke arah ayahnya lalu dipeluknya erat. Air mata seorang lelaki akhirnya gugur jua kerana terlalu rindukan arwah isterinya . Pak Cik Harun memeluk anaknya sambil cuba menenangkan perasaan pilu yang ada .

              "Intan,sabar nak..Ingat pesanan arwah Mama,kita bersabar Allah akan lebih sayangkan kita,ya?Sabar ye,sayang.",Pak Cik Harun menggosok belakang badan anaknya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Intan.

               "Ayah,Intan dah cukup bersabar.Sebab Intan tak tahan sangat lah Intan luah. Intan dah lama pendam dalam hati . Intan nak Umi dan Mama datang balik...Ayah,Intan rindukan diorang..",Intan kembali menangis .

Pak cik Harun hanya mampu berdoa dalam hatinya. Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan untuknya.Maafkan ayah,Intan.Ayah tak mampu jaga Intan masa kecil dulu.Maafkan ayah,sayang.
Pak Cik Harun memeluk anaknya dengan penuh kasih.

                 "Jom,sayang.Kita balik KL ye? Sana ada ayah,kak long,Fazliana,dan Mak Cik Sarah,ibu baru Intan.Lagi satu,Intan akan ada adik baru lagi..Boleh main dengan diorang kan?",Pak Cik Harun cuba untuk memujuk anaknya.

Intan hanya memandang ke arah pintu bilik yang tertutup.Intan perlahan-lahan bangun dan masuk ke kamar yang sunyi itu.Sesekali bagaikan terdengar suara Umi yang sedang bercakap dengan Intan.

                   'Intan,pi basuh baju sekolah cepat.Esok dah nak sekolah.Tu,aku dah masak nasi dengan gulai ikan.Satgi,hang makan.Orang ketuk pintu,jangan bukak,faham?'

Arwah Umi memang seorang yang suka berleter dan bercakap banyak,tapi Umi baik..Umi jaga Intan dari kecil hingga besar..Intan sayang Umi sangat-sangat.Maafkan Intan,Umi.Sebab dulu Intan dah banyak susahkan Umi.

                   "Intan..."

Panggilan Pak Cik Harun mengejutkan Intan dari lamunan panjang. Intan melihat di bahu ayahnya sudah tergalas beg besar yang berisi semua pakaian dan barangannya. Intan memandang wajah ayah yang penuh dengan harapan.

Intan sayang ayah . Intan rindukan Umi..Intan teringin nak jumpa Mama. Mama,nanti kita jumpa di syurga ya?Intan sayang Mama dan Umi.

                   "Jom,kita naik atas jumpa diorang semua"

Intan hanya mengangguk, setelah mereka keluar dari rumah Tok Teh,mereka naik semula ke rumah Cik Ton.
Intan hanya memandang ke arah wajah mereka seorang demi seorang . Tiba-tiba, Cik Nah datang dan memegang pipiku,

              "Tak apa,sayang.Cik Nah doakan agar Intan berjaya dalam hidup dan dapat jodoh yang baik.Nanti Allah akan hantarkan orang yang baik untuk jaga Intan",Cik Nah mengesat air matanya yang mengalir lesu.
           
Sebelum Intan Fazurina meninggalkan bumi Penang,Intan bersalaman dengan semua makcik dan pakciknya,dan meminta maaf kepada mereka. Pak Teh terus berpaling muka dan berlalu dari situ.Intan terkedu,tapi di belakangnya Cik Nah cuba menyabarkannya.

              'Intan akan buktikan Intan seorang yang berjaya pada mereka,Mama..'

October 12, 2013

Ad,Sha rindu sangat kat Ad . . .

Ad,Sha rindu sangat kat Ad . . .

Sha hanya melemparkan pandangannya ke luar . Menikmati sepoi-sepoi angin yang membisik rindu di telinga ini . Sha mula memutar kembali memori lama antara mereka berdua dahulu . Mereka tidak pernah berjumpa sehingga kini , tetapi cukup dengan suara yang hanya terngiang di halwa telinga . . .

                  "Sha,Ad sayang Sha sangat-sangat tau . Bila Sha dah pergi belajar nanti , Sha jangan lupakan Ad tau . Apa-apa Sha mesej Ad ok?Janji tau ."

Tapi...Itu dahulu,Ad! Itu dulu!Sekarang Ad dah berubah ...Ad tak seperti dulu...Sha dah hilang Ad yang dulu...

Ad,Sha rindu sangat kat Ad..Sha nak kol Ad,tapi takut Ad marah-marah Sha..Tak apa lah Ad.Selagi Ad bahagia,Sha senang..

                                                                         2013

Nama ku Nur Sharifah Atilia . . . Aku tak pernah lupakan orang yang pernah bertakhta di hati ini...Adrin Nami,atau lebih dikenali sebagai Ad,sekarang sudah tidak hiraukan aku lagi..

Sekarang,aku bina cintaku semula dengan seseorang yang menyokong dan membangunkan aku..Sentiasa menemani aku..Dan dia yang pertama,orang yang tidak aku kenali,aku menemuinya secara berhadapan..

Al kisahnya...

Aku kembali lagi melewati group yang sama . Aku sudah tidak keruan . Menahan siksa yang teramat sakit .
Dan dari situ, semuanya bermula semula . . .

Kalau dahulu,aku yang add Adrin Nami...Tapi sekarang,dia yang add aku ! Haha..
Tapi,aku kan jenis accept je...

             #Jom Dating# ---> itu statusnya dalam group tu .

aku tumpang melayan aje . . Bukannya aku tidak ingat pesanan Ad...

"Awak,tak semua yang ada itu,baik macam saya..susah nak jumpa yang baik macam saya.."

tapi,aku tak peduli . Yang penting,aku jugak boleh bahagia macam dia !

Tiba-tiba, ada orang add aku . Nak berkenalan dengan aku. Tiba-tiba,hatiku terdetik nama Ad . Aku rasa sayu sangat . Tapi,semuanya telah hancur . HANCUR ~!

Aku approve .

Ku Bahagia....


Assalamualaikum para pelawat sekalian . . . 
WOW ! lama sudah tidak ku jenguk halaman blog aku yg x seberapa ni .
Bz dgn study aku . . 
aku baru je lepas habis final sem 3...
Lagi aku Bz dgn 'baby' aku . . .
hehehe . . .

Alhamdulillah,
sekarang aku bahagia . . .
Aku ada orang yang aku sayang sangat2,
plus cinta dia sangat2..
aku rasa senang sangat bila stay dengan dia lama-lama . . .
Kali pertama dalam hidup aku,
orang yang aku sayang,orang yg aku cinta,
cium dahi aku,
peluk aku bila sedih,
pegang tangan aku bila takut,
cuba happykan aku n bagi semangat bla aku jatuh .

Aku suka panggil dia 'baby' , 
hanya sebab kes pagi yang dia call aku tu ja..
haha.suaranya yang membuatkan aku rasa ,
nak panggil dia 'baby' .
Dia tak pernah marah kalau aku cakap banyak.HEHEHE

macam mana aku boleh kenal dia ???
hahaha...
just for ur information,
dia adalah orang yang pertama yang aku kenal melalui laman sosial,
dan aku berhadapan dengan dia secara realiti .
YES !!

perkara yang sama berlaku kepada Sha dan Ad . . .
aku kenal dia melalui laman sosial,Facebook.
melalui satu group tertutup . :P
melalui satu status .
melalui satu komen ..
melalui sesi meng'add-approve friend' ..
dan melalui satu chat ..

haha...

dari situ lah bermula al-kisahnya . . .

dalam tengah mesej2,
dia tanya . . .
"Ct,bila nak jumpa?"

Itu soalan nya ???
Gila hape ???
Tak berani aku nak jumpa2 org yg aku tak kenal ...
Macam2 alasan aku bagi untuk mengelak .

Tapi,itulah dinamakan TAKDIR...
cewahhh....haha...
Lastly,pong pang pong pang,
berdatinglah kami pada pertama kalinya di hari selasa pagi yang indah itu . . 
hehehe...

Kakiku menggeletar FUHH!!!!
jangan cakap lah...
dan tiba-tiba....

Dia datang dengan menunggang motor,
otak aku dah ligat berfikir . .. 
Tak kan lah aku nak naik motor dengan dia . . 
Huhu . . .
Biasa lah, First Time in Life kan ?
Tapi,aku masih usya muka dia dengan rasa segan (^_^)
Then,dia suruh aku naik motor .
Hah ?? naik motor???
Opss..aku tak pandai n tak suka tunggang motor .
Aduh . . .
Cemana ni ????

"Err...tak pa lah . Ct jalan kaki, Khai bawak motor..Kedai depan tu je kan ?"
Aku pun dengan gaya nak 'langkah' dulu lah. . .Hahaha
Tapi,terus dia cakap .
"Jauh kedai tu? Larat ka nak jalan ?"

Wah2x..cara cakap macam dah kenal kiter lama..
haha.but,it's ok..
aku pun rasa senang . : D

Lepas tu, dia minta beg aku,dia suruh aku duduk kat belakang dia .
Tapi...baju aku...
"Tak pa ! Duduk kaki ke tepi ."
humm..naseblah...sapa suruh pakai baju kurung .
Kan susah ?

Sampai je kedai makan,aku tak berani pandang wajah dia .
Heheh..
rasa malu tu tahap GABAN dah . .. 
haha..
Aku tak tau nak order apa,
dari lapar terus kenyang.
Dia cuma order kat aku air teh O ais
Aku minum hujung straw je .
Malu punya pasal !
Hahah...

Hatta,nak sembang pun segan .
Aku tunggu sampai dia habis makan,
terus aku cakap nak balik.
Aku bukan tak selesa .
Tapi,nervous tu dah menguasai aku.
Buat aku kelu depan dia ...
Hahah...
Kedai makan lah date pertama kami...hehehe

Date kedua pulakk ????
Date kedua agak-agak kat mana ??
haha..
Jeng..jeng..jeng...

Nanti aku cerita lain kat korang .
Date kedua aku,kalau tak silap kat Jusco,naik kereta pulopp..
atas permintaan aku...hehe

err...gambar dia ?? Dengan aku ???
hahaha...nanti kay. 
Banyak lagi ni cerita aku nak sampaikan.
Gudnyte,Assalamualaikum
Have a sweet dream alls 
Muahhh !