October 17, 2013

HANYA UNTUK BERKASIH

PROMO

   "Eh, Intan dah besar lah ! Jangan ingat Intan tak tahu ape yang korang cakap belakang Intan selama 22 tahun ni . Ramai yang berdengki dengan Intan ,tapi Intan buat tak tahu je . Semua tu mulut orang , mulut mereka bukannya boleh ditutup . Tapi,Intan yakin dengan Allah,setiap kata-kata mereka tu,Allah akan balas balik ! Dulu,memang Intan tak pandai,tak rajin,dan tak disayangi . Intan cuma ada arwah Umi dan ayah yang sayang Intan,yang mampu jaga makan minum Intan,yang sudi dengar luahan Intan . Sekarang, Intan dah buktikan yang Intan jugak boleh berjaya macam Abang Ad,Kak Ina, dan Abang Airil. Kan ? Intan dah berjaya kan? Orang tak kan cakap macam-macam dah kan kat Intan ? Tapi, itu lah dunia . Masa Intan bodoh, semua mainkan Intan,tipu Intan ! Tapi,sekarang Intan dah pandai kan ? Betul kan Mak Jah ?"

Intan Fazurina meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama 22 tahun hidup di bumi Penang . Intan menangis sepuas-puasnya . Kak Long dan Fazliana menggosok belakang badannya sambil cuba menenangkan Intan . Semua yang ada di situ terdiam dan kaku . Bagi yang memahami Intan,mereka hanya mampu menunduk dan diam,tetapi,masih ada jugak orang yang berdendam dengannya .

      "Intan sedih,Intan selalu bertanya kat Allah,kenapa Allah tarik nyawa mama terlalu awal? Kenapa mama pergi awal tinggalkan Intan? Mama..Mama tak sayangkan Intan ke..",luah Intan sambil teresak-esak .

      "Sudah lah tu menangis,Intan . Sedih Mama kat sana tu,tengok Intan nangis macam ni..",ayah Intan cuba mengawal perasaan anaknya .

Cepat sungguh masa berlalu . Rupanya dah 22 tahun Mama meninggal .Kejap je kan?Tapi Mama,Intan dah buktikan Intan boleh hidup berdikari dan dapat belajar tinggi-tinggi macam orang lain . Intan akan capai cita-cita Intan nak jadi seorang pengurus pusat pelancongan yang berjaya . InsyaAllah !

        "Intan,maafkan kami semua . Kami bukannya bencikan Intan,kami sayang kat Intan . Mungkin kami berkasar,tapi tak ada pun niat untuk marah atau benci Intan . Kami nak Intan usaha dan berjaya . Intan yang sekarang jauh lebih baik dari sekarang . Kami pun happy tengok Intan dah berjaya . Arwah Mama dan Umi mesti tersenyum tengok kejayaan Intan ",Kak Ira cuba menenangkan Intan .

           "Tak apa lah Kak Ira,Intan sedar siapa Intan.Sekarang,Intan nak balik Selangor. Tinggal dengan ayah.",longlai Intan Fazurina melangkah keluar dari rumah Cik Ton,dan menuruni anak tangga menuju ke rumah arwah Tok Teh.

Air mata tak berhenti mengalir,apabila kakinya melangkah semula ke dalam rumah itu,hatinya menjadi sayu.Terlalu sayu.Kenapa mereka tinggalkan Intan? Luah hatinya dalam tangisan . Intan terus terduduk dan menangis . Gambar arwah Tok Teh ditatapnya penuh kasih..

             "Umi..Intan rindukan Umi...Umi mai la balik..Intan janji Intan tak kan bising-bising dah kat Umi..",Intan berbicara sambil menangis.

              "Mungkin semua ingat Intan happy,seronok dapat semua yang Intan impikan.Tu rezeki Intan.Intan bersyukur,tapi hakikatnya Intan rasa tak happy..Semuanya tipu semata-mata.Kenapa mereka suka cakap buruk tentang Intan?Ya Allah,bantulah Intan..Kuatkan hambaMu ini Ya Allah."

Tiba-tiba,terdengar pintu dibuka.Intan mengesat air matanya dan terus berpaling ke belakang.Ayahnya berdiri di muka pintu.Intan terus menerpa ke arah ayahnya lalu dipeluknya erat. Air mata seorang lelaki akhirnya gugur jua kerana terlalu rindukan arwah isterinya . Pak Cik Harun memeluk anaknya sambil cuba menenangkan perasaan pilu yang ada .

              "Intan,sabar nak..Ingat pesanan arwah Mama,kita bersabar Allah akan lebih sayangkan kita,ya?Sabar ye,sayang.",Pak Cik Harun menggosok belakang badan anaknya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Intan.

               "Ayah,Intan dah cukup bersabar.Sebab Intan tak tahan sangat lah Intan luah. Intan dah lama pendam dalam hati . Intan nak Umi dan Mama datang balik...Ayah,Intan rindukan diorang..",Intan kembali menangis .

Pak cik Harun hanya mampu berdoa dalam hatinya. Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan untuknya.Maafkan ayah,Intan.Ayah tak mampu jaga Intan masa kecil dulu.Maafkan ayah,sayang.
Pak Cik Harun memeluk anaknya dengan penuh kasih.

                 "Jom,sayang.Kita balik KL ye? Sana ada ayah,kak long,Fazliana,dan Mak Cik Sarah,ibu baru Intan.Lagi satu,Intan akan ada adik baru lagi..Boleh main dengan diorang kan?",Pak Cik Harun cuba untuk memujuk anaknya.

Intan hanya memandang ke arah pintu bilik yang tertutup.Intan perlahan-lahan bangun dan masuk ke kamar yang sunyi itu.Sesekali bagaikan terdengar suara Umi yang sedang bercakap dengan Intan.

                   'Intan,pi basuh baju sekolah cepat.Esok dah nak sekolah.Tu,aku dah masak nasi dengan gulai ikan.Satgi,hang makan.Orang ketuk pintu,jangan bukak,faham?'

Arwah Umi memang seorang yang suka berleter dan bercakap banyak,tapi Umi baik..Umi jaga Intan dari kecil hingga besar..Intan sayang Umi sangat-sangat.Maafkan Intan,Umi.Sebab dulu Intan dah banyak susahkan Umi.

                   "Intan..."

Panggilan Pak Cik Harun mengejutkan Intan dari lamunan panjang. Intan melihat di bahu ayahnya sudah tergalas beg besar yang berisi semua pakaian dan barangannya. Intan memandang wajah ayah yang penuh dengan harapan.

Intan sayang ayah . Intan rindukan Umi..Intan teringin nak jumpa Mama. Mama,nanti kita jumpa di syurga ya?Intan sayang Mama dan Umi.

                   "Jom,kita naik atas jumpa diorang semua"

Intan hanya mengangguk, setelah mereka keluar dari rumah Tok Teh,mereka naik semula ke rumah Cik Ton.
Intan hanya memandang ke arah wajah mereka seorang demi seorang . Tiba-tiba, Cik Nah datang dan memegang pipiku,

              "Tak apa,sayang.Cik Nah doakan agar Intan berjaya dalam hidup dan dapat jodoh yang baik.Nanti Allah akan hantarkan orang yang baik untuk jaga Intan",Cik Nah mengesat air matanya yang mengalir lesu.
           
Sebelum Intan Fazurina meninggalkan bumi Penang,Intan bersalaman dengan semua makcik dan pakciknya,dan meminta maaf kepada mereka. Pak Teh terus berpaling muka dan berlalu dari situ.Intan terkedu,tapi di belakangnya Cik Nah cuba menyabarkannya.

              'Intan akan buktikan Intan seorang yang berjaya pada mereka,Mama..'

No comments:

Post a Comment