May 6, 2018

CINTA TERSIMPUL RAPI

"Abang,sebelum hubungan kita terlanjur jadi lebih jauh,sayang rasa better kita jadi adik abang..",akhirnya terungkap jua kata-kata yang lama terpendam di dalam hatinya.

"Kenapa sayang? Hm..tapi abang kena hormat jugak keputusan sayang.So,mulai sekarang,kena biasa kan diri panggil adik Sha..

Allah ! Kenapa hatiku sangat rapuh. Luluh air mata, jatuh berderai. Hati Sha tak kuat , abang..Untuk tempuhi ni semua..Tapi,Sha kena percaya, terima takdir yang abang cuma pinjaman dari Allah untuk Sha. Sha tetap perlu sedar siapa sebenarnya abang.

"Sha takut,andai lama-lama Sha tak boleh lepaskan abang. Sha tak nak orang lain,bang..Sha tak nak sapa-sapa..", harapan Sha pada Hazrie sangat kuat,rasa cintanya membuak hinggakan tak mampu untuk melepaskan . Walaupun Sha tahu siapa sebenarnya Hazrie..

"So,Sha tak boleh dah lah nak teruskan panggilan macam ni. Sha kena lah tukar.. Dan, hubungan kita tak kan sama seperti dahulu lagi..Sha boleh terima ?" , persoalan Hazrie membuatkan perasaan Sha menjadi lebih sakit.Tak rela melepaskan , tapi Sha terpaksa.Sha tiada pilihan. Kalau tidak,hidup Sha sendiri yang akan tersiksa.

   "Ya..I have to..Even it's hurt.." , perlahan Sha menyebut sambil menahan esakan.

Terdengar Hazrie melepaskan keluhan kecil. Suasana sepi seketika. Tiba-tiba , kenangan antara Sha dan Rie terimbau kembali.

 'Adik,kalau abang kata abang sayang adik ni lebih dari seorang adik, adik percaya ? '..

Aku tersenyum sendirian. Soalan itu bukan gurauan. Aku yang hidup tidak normal selama 6 tahun,yang kepercayaan aku pada lelaki sebanyak 90% , berfikir andainya itu takdir aku.Perlukah aku terima? Adakah dia benar,jujur dan ikhlas?

Hari ini setelah setahun lebih,aku memberi hati aku sepenuhnya untuk dia, dan menolak cinta lain semata kerana hati aku dimiliki dia,akhirnya dihancurkan,berkecai hingga aku sendiri yang merasa parah !

Sekarang , entah.. adakah aku ppatut merasa bahagia kerana aku dah melepaskn dia,atau merasa siksa sebab aku akan kehilangan dia..

October 27, 2017

A Love That I Cant Have For A Life

Since the first time I know You,
I just feel easy. I trust that You is the one whom im searching.
But,It is just a love that I cant have for a life...

Aku mencintai dia yang tak kan pernah aku miliki selama hidupku
Aku merindui dia yang bukan milikku
Salah aku atau salah dia kerana mencintai?

Jujur,aku telah jatuh cinta..
Aku sayang kan dia.
Hati aku masih lagi tak mampu menerima yang lain seadanya.
Kerana aku merasa seperti tiada lelaki yang boleh terima aku seadanya seperti yang kau terima.
Walaupun aku masih lagi tak pasti tentang hati dan perasaanmu,
namun aku percaya cintaku ini bukan kerana nafsu .

Kau yang tak boleh aku miliki,
namanya ini cinta terlarang...

September 29, 2017

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

SHA DAN RIE (1)

Suasana yang sepi membuatkan keadaan bertambah sendu.Sha masih lagi menangis teresak-esak di bucu katil. Laila yang setia di sisinya cuba menenangkan Sha sambil mengusap kepalanya.

"Sudahlah tu,Sha..Kau kena terima kenyataan tu.Dia tetap milik orang lain"

Sha menepis tangan Laila . Dia seakan menahan perasaan amarah berbaur kecewa .

"Aku nak dia,Laila!! Kau tak faham apa yang aku rasa..Korang tak kan faham.." , Sha meraung seperti orang yang tak waras.

Hampir bertahun , hati Sha yang hanya mengenali cinta dari seorang insan bernama wanita, sekarang hati Sha sepenuhnya dimiliki oleh seorang insan bergelar lelaki.

"Dia yang buat aku jadi kasih pada lelaki semula..Dia yang bawa aku ke jalan yang lurus semula..Tapi,kenapa dia buat aku macam ni..Kenapa dia yang perlu aku kenal! "

Tiba-tiba,telefon berdering..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9 bulan yang lalu...

"Assalamualaikum,abang..",Sha menjawab panggilannya sambil tersenyum girang.
"Waalaikumsalam,buat apa tu?" , suaranya yang mampu membuatkan hati Sha luluh dan terlupa seketika dengan siapa yang sedang dia berbicara.

Ketika sedang rancak bercerita itu dan ini , tiba-tiba persoalan Hazrie membuatkan Sha terkejut dan berfikir panjang.

"Adik,kalau abang kata abang suka adik lebih dari seorang adik?"
"Ish,abang ni..Abang dah kawen kan?" , Sha tersentak dengan persoalan Hazrie.
"Abang kan ada lagi 3 tempat kosong..",lalu dia ketawa..
Sha tersenyum hambar . Pelbagai soalan yang bermain di fikiran. Sha bukannya belasan tahun lagi. Dia bukannya masih mentah,tidak tahu menahu akan hal-hal sedemikian. Suasana yang sepi sejenak disentak oleh suara garau yang mencairkan perasaannya.

"Adik..buat apa tu? Tak mau cakap dengan abang dah ka?"
"Eh,tak lah abang.Adik cuma terfikirkan sesuatu ..",Sha terhenti di situ.
"Fikir apa dik?Tentang persoalan abang tadi ke?" , Hazrie menduga.

Entah ! Aku mahu tersenyum lebar kerana akhirnya ada lelaki yang berjaya membuatkan perasaanku ini kembali ke pangkal jalan atau bersedih hingga ke akhirnya kerana ...

"Adik ! Dengar tak abang cakap ni ?" , Hazrie bersuara lagi .
"Abang,kenapa abang suka adik?" , itu persoalan pertama yang terpacul dari bibir Sha..
"Sebab adik boleh faham abang,mungkin?" , Hazrie menjawab sambil matanya terpejam.

'MUNGKIN? Cuma kerana aku faham kerja dia , dia suka aku?' , Hati Sha bersuara.

"Abang..." , lembut Sha memanggilnya.
"Boleh abang bertanya ?", Hazrie lantas memotong. Sha mengiyakan.
"Macam mana adik boleh terjebak dalam kehidupan yang macam tu?" , Hazrie bertanya menginginkan kepastian.

Sha ketawa . Bila mengenangkan mula-mula sekali dia mengenali dunia luar yang tak sepatutnya dia masuk .

"Adik saja join group kat FB tu,adik kan mudah cair..Tu yang tersangkut sampai lani ni",Sha ketawa lagi .

"Eh,orang bertanya,dia ketawa" , Hazrie bersuara seakan kecewa. Kemudian, dia menyambung lagi.

"Adik masih ada perasaan pada lelaki?"

"Ada lah,bang. Tak pernah hilangkan perasaan untuk lelaki. Adik pun nak kahwin jugak.."

"Kalau adik dijodohkan dengan suami orang?" , Hazrie bertanya .

Sha terkedu . Kenapa soalan itu yang dipaculkan olehnya .

"Kenapa abang bertanya?" , soalan berbalas soalan.

"Saja.Abaikan,maaf." , Hazrie menjawab,terdengar sedikit keluhan.Kemudian,dia menyambung lagi.

"Adik,andai kata bila nanti dah tak dak orang yang suka adik,cari abang. Abang ada sorang kawan nak kenalkan."

Sha ketawa . 'Jadi match maker pulak dah ke abang aku ni?' Sha bersuara dalam hati.

"Kenapa abang?Sapa yang abang nak kenalkan tu?",

"Adalah...nanti bila adik dah putus asa untuk mencari,cari abang.Abang akan kenalkan."

Sha mencebik.

Sedar tak sedar,jam tepat menunjukkan 4.30 pagi. Hazrie bersuara kepada Sha.

"Dik,dah pukul 4.30 dah..satgi nak bangun subuh.Jumlah tidur,"
"Baik,abang.Jumlah..Goodnight", Sha juga sudah mulai lesu dan tak bermaya. Matanya terpandangkan bantal di sebalik badan.

"Tapi,sebelum tu,bacakan doa." , Hazrie seakan memberi isyarat pada Sha.

Sha terus membaca doa tidur.

"Lagi?" , Hazrie bertanya.

"Lagi?" , soalan yang sama ditanyakan Sha semula.

"Surah lain mana?" , Hazrie mengingatkan.

Sha terdiam . Terdengar keluhan kecil Hazrie,namun dia tetap masih bersuara. Dia membacakan surah-surah yang patut diamalkan sebelum tidur.

Allah ! Goyah lagi perasaan Sha. Suara Hazrie seakan akan seorang Ustaz yang membacakannya .

"Dik,sebelum tidur amalkan membaca doa. Surah Al Fatihah , Surah 3 Qul, Ayat Kursi , Selawat dan Istighfar,Bismillah 23 kali,Mengucap dan doa tidur" , terang Hazrie ringkas.

"Tudiaa...banyaknya abang!",Sha tersengih sambil tersenyum lebar.

"Hafal tak semua surah tu?'',Hazrie bertanya tapi nadanya semakin perlahan.

"InshaAllah abang.Abang ajarkan ya?",Sha menjawab sambil kepalanya diletakkan di atas bantal.

Hazrie mendiam. Sha memanggil namanya berulang kali,namun tiada sahutan. Sudah Sha menduga apa  yang terjadi. Lalu,Sha berbisik lembut di hujung talian.

"Thank You,Abang..for coming into my life.."

Talian diputuskan.

May 3, 2017

Panglima Ku..

Ya Allah, sesungguhnya segala perasaan yang hadir dalam hati dan jiwa ini, semuanya dari Kau. tapi, andai ia adalah hanya kerana nafsu semata, maka ianya datang dari Syaitan. nauzubillah..
Aku telah jatuh  cinta sekali lagi.. jatuh cinta kepada insan yang bergelar lelaki..

syukur  Alhamdulillah, bila perasaan itu kembali kepada insan yang sepatutnya menerima cinta dariku..Tapi,sekali lagi hati dan jiwaku diuji.. Aku,jatuh cinta pada milik orang..

Semakin aku cuba untuk melupakan,semakin kuat sayang aku kepadanya..Entah kenapa , hari ni,aku terasa yang aku benar2 bersalah!Ampunkan aku,ya Allah..

Dia,yang aku gelarkan PANGLIMA KU..Dia yang membawa aku kembali semula ke jalan yang betul.Tapi,dia membuat aku jatuh cinta tanpa sedar..Dia yang seperti angin.Datang dan pergi..

Adakala aku mengharapkan dia pergi,pergi sejauh yang mungkin..Tapi,dalam masa yang sama,aku masih takut kehilangannya..

September 30, 2016

BIAR TAHU

Nukilan lagu dari adik angkat aku , JJ @ Jamilah kot huhu lupa da sebab sllu pangil dia adeeq ja.
Tajuk lagu ni aku letak sendiri 'BIAR TAHU' , sebab aku nak biar orang tu tahu yang kita memang sayangkan dia walaupun kita dah lama berpisah .

                                                                   BIAR TAHU

Kau kan selalu tersimpan dan selalu terkenang,
Kekasih yang tersayang yang tak ku dapatkan,
Walau engkau jauh, jauh dari pandangan,
Namun di ingatan tak kan terlupakan.

Ku selalu teringatkan dan selalu terbayang,
Kekasih yang tersayang yang tlah kudapatkan,
Walau engkau jauh, jauh dari pandangan,
Namun dalam hati, kau kekalkan abadi.

Tuhan tolong bahgiakan dia di tempatku,
karna Engkau lah yang lebih tahu ,
Orang bisa datang saling bertukar ganti,
Namun di ingatan kau tetap abadi.

Adeeq, walau di mana saja kau berada sekarang , apa saja kau buat, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.Sikit pun aku tak lupa jasa kau sepanjang kita kenal . Rindu kau dik. Sama jugak dengan Rayyan..