May 6, 2018

CINTA TERSIMPUL RAPI

"Abang,sebelum hubungan kita terlanjur jadi lebih jauh,sayang rasa better kita jadi adik abang..",akhirnya terungkap jua kata-kata yang lama terpendam di dalam hatinya.

"Kenapa sayang? Hm..tapi abang kena hormat jugak keputusan sayang.So,mulai sekarang,kena biasa kan diri panggil adik Sha..

Allah ! Kenapa hatiku sangat rapuh. Luluh air mata, jatuh berderai. Hati Sha tak kuat , abang..Untuk tempuhi ni semua..Tapi,Sha kena percaya, terima takdir yang abang cuma pinjaman dari Allah untuk Sha. Sha tetap perlu sedar siapa sebenarnya abang.

"Sha takut,andai lama-lama Sha tak boleh lepaskan abang. Sha tak nak orang lain,bang..Sha tak nak sapa-sapa..", harapan Sha pada Hazrie sangat kuat,rasa cintanya membuak hinggakan tak mampu untuk melepaskan . Walaupun Sha tahu siapa sebenarnya Hazrie..

"So,Sha tak boleh dah lah nak teruskan panggilan macam ni. Sha kena lah tukar.. Dan, hubungan kita tak kan sama seperti dahulu lagi..Sha boleh terima ?" , persoalan Hazrie membuatkan perasaan Sha menjadi lebih sakit.Tak rela melepaskan , tapi Sha terpaksa.Sha tiada pilihan. Kalau tidak,hidup Sha sendiri yang akan tersiksa.

   "Ya..I have to..Even it's hurt.." , perlahan Sha menyebut sambil menahan esakan.

Terdengar Hazrie melepaskan keluhan kecil. Suasana sepi seketika. Tiba-tiba , kenangan antara Sha dan Rie terimbau kembali.

 'Adik,kalau abang kata abang sayang adik ni lebih dari seorang adik, adik percaya ? '..

Aku tersenyum sendirian. Soalan itu bukan gurauan. Aku yang hidup tidak normal selama 6 tahun,yang kepercayaan aku pada lelaki sebanyak 90% , berfikir andainya itu takdir aku.Perlukah aku terima? Adakah dia benar,jujur dan ikhlas?

Hari ini setelah setahun lebih,aku memberi hati aku sepenuhnya untuk dia, dan menolak cinta lain semata kerana hati aku dimiliki dia,akhirnya dihancurkan,berkecai hingga aku sendiri yang merasa parah !

Sekarang , entah.. adakah aku ppatut merasa bahagia kerana aku dah melepaskn dia,atau merasa siksa sebab aku akan kehilangan dia..

No comments:

Post a Comment