October 8, 2012

Kisah Awak Dan Saya



KISAH AWAK & SAYA(semua ni atas dasar hati saya,dan tak semuanya benar)

“Awak,saya tak boleh lepaskan awak,Ad!”
“Dah la,awak.Saya tak boleh nak teruskan.Saya tak mampu.”
“Tapi kenapa sekarang,Ad?Kenapa?”
Ad diam .
Sha sambung lagi .
“Kenapa setelah setahun ia berlalu , awak diam . Awak ikut saja . Sha tengok Ad semakin hari , semakin berubah . Sha tak sedar yang Ad dah tak mencintai Sha . Rupanya dalam diam , hati awak dah mati untuk saya . Awak dah tak mencintai saya!”
Ad bersuara .
“Maafkan saya .Saya tak berniat untuk melukai hati awak .Tapi,awak harus faham kenapa saya harus tinggalkan awak .Semua ini kerana saya lihat awak dah terlalu taksub dengan cinta ini . Sha tak sedar , tapi Ad takut . Ad tahu semua ini salah Ad . Kalau bukan Ad yang mulakan dulu . . .”
Sha menahan .
“Sudah cukup sudah,Ad! Awak sedar tak ? Awak dah meremukkan hati saya se remuk-remuknya . Ya,betul . Mungkin saya terlalu taksub . Tapi,semua dah terlambat Ad . Awak tak boleh tinggalkan saya macam ini .”
Sha menangis . Ad hanya mampu mengeluh . Namun,dia tetap bersuara .
“Sha,bukannya saya tak sayangkan awak . Saya sayang awak . Sayang sangat-sangat . Tapi ,kerana saya sayanglah saya lakukan ini semua demi kebaikan bersama,ya sayang?”
Ad memeluk Sha  sambil mengelap air mata yang mengalir laju di pipi Sha .
Ad menyambung lagi .
“Memang benar,suatu masa dahulu saya mencintai awak . Saya mempengaruhi awak untuk mencintai saya . Dan,tanpa saya sangka , saya terlalu menyayangi dan mencintai awak . Saya mula cemburu dengan awak ,walau awak jauh dari saya masa itu .”
Sha memandang Ad . Ad hanya membalas dengan senyuman sambil mengelap air mata di pipi Sha lagi . Dia berkata lagi ,
“Tapi,sekarang saya sedar,Sha . Ad sedar ,yang Ad sedang mempergunakan Sha sebenarnya . Sebab Sha hadir dalam hidup Ad ketika Ad sedang mengalami kekecewaan ketika itu . Ketika perkahwinan Cik Julia . Dan , “
“Ya,Sha tahu . Tapi , mungkin salah Sha jugak sebenarnya . Sha tak kisah kalau Ad nak mempergunakan Sha . Sha tahu , Sha datang ketika Ad memerlukan seseorang untuk beri sokongan hidup . Sha tak kisah semua tu . Tapi, sekarang Ad telah memenangi hati Sha sepenuhnya . Ad tak fikir , apa akan jadi pada Sha andai Ad . .”
Sha berhenti di situ . Dia dah tak mampu untuk meneruskan lagi ayatnya . Ad hanya menunduk dan wajahnya penuh dengan penyesalan .
Ad memandang Sha . Ad memeluk Sha .Air mata Sha satu-persatu dikesatnya .
“Maafkan Ad,Sha . Ad tak bermaksud nak buat Sha begitu . Ad sayang Sha . Tapi,Ad takut andai Sha pergi suatu hari nanti , hidup Ad yang akan merana . Sha tetap bahagia .”
Ad meleraikan pelukan perlahan-lahan . Dia memandang ke arah pemandangan nun di sana . Kemudian, Ad bangun menuju ke balkoni di hadapan . Tanpa dia sedari , egonya satu-persatu telah terlerai . Air mata singgah jua di pipinya . Dia sedar , sebenarnya dia terlalu sayangkan Sha .Hati ini terlalu menyayangi  ‘bintang malam’nya . Tapi ...
“Ad tak mahu kalau akhirnya Sha akan tinggalkan Ad nanti . Kerna Ad terlalu menyayangi Sha dan mencintai Sha . Ad tak sanggup andai suatu hari, Ad tengok Sha kahwin dengan orang lain nanti . Ad sakit,Sha! Sakit !”
“Ad,walau esok Sha dah kahwin sekalipun, InsyaALLAH kasih sayang Sha terhadap Ad tetap tak kan berkurang . Yakinlah Ad . Cinta Sha pada Ad semakin kuat . Sanggupkah Ad meruntuhkan sekali gus hati Sha ini,Ad? Mampukah Ad?”
Sha meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini . Sha dah tak sanggup !
Ad tersenyum,tapi pahit . Terpaksa ditelan jua pahitnya .
“Sayang , selagi mana kita masih bersama , selagi itu Ad akan jaga Sha . Selagi itu , Sha milik Ad . Ad mungkin terlalu egois , terlalu mengikut perasaan . Tapi Sha , dalam masa yang sama Ad masih cintakan Sha, Ad takut Ad tak mampu melepaskan Sha walau Sha dah jadi milik orang lain . Ad takut Ad akan membuatkan hidup Sha merana . Sengsara !

No comments:

Post a Comment